Monday, 2 July 2012

...ujian & kasih sayang ALLAH swt...



>>...  Setiap manusia yang hidup di muka bumi xlepas daripada ujian-NYA... sudah lumrah dunia, hidup xkan ade kemanisan nya kalau xdiuji. namun, terpulang pada kita bagaimana untuk menghadapinya...


Apa yg penting, setiap ujian yg dtg perlulah dihadapi dengan tabah... jgn pernah menyalahkan takdir jika kite terus diuji... kerana itu lah tanda kasih syg ALLAH swt pada kita... ALHAMDULLILAH... 


Fitrahnya, setiap yang diuji dengan kesusahan pasti dihujungnya ada keindahan. Semakin berat ujian itu, maka semakin dkatlah kehidupan itu dengan kebahagiaan. Namun hanya merasa bahagia apabila ujian itu dihadapi dengan tenang dan optimis...
Hadapilah ujian itu dengan senyuman dan segunung harapan. Senyum tanda syukur dan berharap hanya pada Allah SWT semata. Semoga Allah SWT memberikan keringanan untuk menghadapi ujian dengan ditambahkan kekuatan iman dan taqwa. Semoga dengan 'berat'nya iman dapat menghilangkan rasa peritnya ujian... 
Apapun keadaan, apabila ujian menjenguk kita hadapilah dengan tenang. Sentiasa bersangka baik dan bersyukur kerana Allah SWT sentiasa memberi suntikan sebagai tanda ingatan kepada kita agar  tidak terus leka kealpaan. Adakalanya Allah SWT hadirkan ujian dan kesusahan dalam hidup kita itu tanda Allah rindu untuk mendengar bicara kita. Maka berdoalah kerana Dia Maha Mendengar...
p/s: sentiasa ingat bahawa setiap ujian yang menimpa adalah untuk menuntut kita menjadi insan yang lebih baik...:-)

No comments:

Post a Comment