Sunday 19 February 2012

::... Insan Datang & Pergi ...::

 Sepanjang hidup kita, tidak terkira insan-insan yang hadir dan yang pergi. ada yang hadirna hanya seketika seperti bayu. Dia datang dan pergi begitu sahaja tanpa terkesan apa-apa dan mungkin kita tidak perasan pun akan kehadirannya, begitu juga dengan dia.

Ada pula yang datang dan begitu setia dengan kita tetapi kita tidak rasa pun kepentingan dirinya untuk terus bersama kita. Malah, kadangkala mungkin kita rasa lebih baik dia tidak wujuk daripada dia tidak memberi apa-apa manfaat untuk kita sehinggalah dia pergi buat selama-lamanya. Ketika itulah baru kita rasa betapa dia sangat penting untuk kita. pada masa itu, baru kita perasan kebaikan yang dia pernah buat untuk kita atau insan lain disekeliling kita. Pada masa itu juga, tidak guna kita menangis kekesalan kerana tidak menghargai kewujudannya. Hanya doa dapat kita hadiahkan agar dirinya dirahmati di alam sana.

Ada pula yang sentiasa di sisi kita. Di saat kita susah dan juga senang. Dia sanggup buat apa sahaja untuk kita. Namun bagi kita, dia tidak lebih daripada tempat untuk kita meluahkan perasaan, tempat yang kita cari apabila menghadapi masalah tetapi di saat kita bahagia atau berjaya, kita seakan-akan terlupa akan kewujudannya. Namun dia masih setia. Bila-bila masa sahaja kita cari dia, dia pasti akan ada untuk kita tetapi kita perlu tahu, dia juga manusai. Mungkin juga dia pernah makan hati dengan sikap kita. Cuma di hadapan kita, dia mungkin cuba sembunyikan perasaan itu sebaik mungkin. Seandainya kita masih dungu, tidak mustahil suatu hari nanti dia akan membawa diri meninggalkan kita. Oleh itu, hargailah kewujudannya selagi mana dia masih di sisi kita.

ISLAM. Ada pula yang hadirnya berbeza dengan apa yang kita duga. Mungkin kita rasa dekat sangat dengannya membuatkan kita rasa mahu sahaja selalu bersama dengannya tetapi kita tidak tahu dalam hati dia mngkin rimas dengan kita. Kadangkala kita dapat capai dan genggam tangannya, tetapi belum tentu hati dia dapat kita selamai...:(

Mungkin kadangkala kita dapat melihat dia ketawa, tetapi kita tidak tahu apa makna disebalik senyumannya. Mungkin dia memang tidak suka berkongsi duka dengan sesiapa atau dia sememangya dia tidak percayakan kita.
Apabila dia menangis, kita ingat kehadiran kita dapat memujuknya, walhal kehadiran kita langsung tidak disenangi dan mungkin juga secara tidak sedar kitalah sebenarnya yang membuatkan dia menangis. Dalam keadaan seperti ini, kita perlu sedar, sebenarnya kehadiran kita banyak menyusahkan hidupnya. Kita perlu faham dia mungkin tidak sampai hati untuk memberitahu kita supaya meninggalkannya dan jangan menyusahkan hidupnya.
Ada juga yang hadirnya memberikan sinar dalam hidup kita. Apabila berada bersamanya kita rasa begitu tenang dan kita rasa tidak mahu berpisah dengannya. Kita sanggup lakukan apa sahaja agar dapat bersamanya. Kita jaga hati dia agar dia tidak terluka. Kita sanggup jadi tempat dia meluahkan segala masalah dia.
Kadangkala kita sendiri tidak sedar yang kita telah menjadi seorang yang sangat baik apabila bersama dengannya tetapi akhirnya, tanpa sebarang sebab, tiba-tiba kita ditinggalkan. Kadangkala kita langsung tidak faham dan tertanya-tanya, kenapa kita ditinggalkan?
Kita rasa kita sudah lakukan yang terbaik untuknya tetapi masih ditinggalkan. Kesannya mungkin sangat mendalam kerana kehadirannya benar-benar bermakna dalam hidup kita. Dalam keadaan ini, kita mungkin akan berubah sepenuhnya. Hati kita cukup terluka sehingga tidak sanggup untuk membuka hati kita untuk kehadiran insan lain.  Kita juga tidak akan mendengar apa sahaja nasihat daripada insan-insan lain di sekeliling kita, hanya masa yang dapat menyembuhkannya.
Ada pula yang hadirnya menyembuhkan luka kita. Hadirnya banyak memberi sokongan dan dorongan kepada kita agar meneruskan kehidupan. Dia umpama pakar kaunseling untuk kita. Dia banyak mengingatkan kita, menyedarkan kekurangan kita dan mengubah tabiat buruk kita yang mungkin menjadi penyebab kenapa kita ditinggalkan.
Secara tidak sedar, kita sudah pulih daripada luka lama di atas nasihat dan sokongan darinya. Pada pandangannya, mungkin dia ingat kita sudah boleh berdiri sendiri dan mungkin dia rasa kita dah betul-betul pulih. Lalu dia meninggalkan kita.
Bagi kita pula, selama ini kita harapkannya akan terus bersama dengan kita. Kita hanya kuat apabila dia ada bersama kita, sedangkan dia tidak tahu sebenarnya segala kekuatan dan ketabahan itu ada bersamanya. Apabila dia pergi, maka hilanglah kekuatan itu dan kita terus mencari diri. Terasa sudah tidak percaya lagi kepada sesiapa pun, terasa ingin hidup sendiri, berdikari dan tidak mahu bergantung hidup pada sesiapa pun.
Tanpa kita duga atau tanpa kita harapkan ada pula insan yang sebelum ini pernah meninggalkan kita kembali semula ke pangkuan kita. Namun hati kita sukar kita fahami. Mungkin dengan senang hati kita dapat terima dia semula atau mungkin juga kita tidak dapat terima dia kerana sememangnya kita tidak pernah maafkannya kerana meninggalkan kita.
Dalam hati kita meraung dan bertanya, kenapa baru sekarang, bukan tiga atau empat tahun dahulu?
Mungkin juga hati kita dah tersangat keras atau sudah mati. Hati kita sudah tidak dapat terima dia lagi walaupun kita sudah memaafkannya lama duhulu. Mungkin juga dengan kehadirannya semula membuatkan hati kita yang masih berparut kembali terluka kerana dengan kehadirannya menjadikan kita ingat semula kedukaan lalu yang sebelum ini sudah terpadam dalam memori hidup kita.
Begitulah rencah dunia, kita tidak akan tahu siapa kawan dan siapa lawan sehinggalah sampai satu masa kita jatuh. Adakah tangan itu akan menghulurkan bantuan atau kita akan ditinggalkannya.
Kita tidak perlu risau memikirkan tangan mana yang akan menghulurkan bantuan dan tangan mana yang akan berpeluk tubuh dan seterusnya meninggalkan kita di saat kita sangat-sangat memerlukannya kerana apabila kita ikhlas menghulurkan tangan tidak kira kepada sesiapa pun, pasti akan ada tangan lain yang akan menghulur di saat kita memerlukan biarpun tangan tersebut bukanlah tangan yang pernah kita bantu dahulu.
Oleh itu, lebih baik kita bersifat ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada manusia. Berharaplah hanya untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T.
Kita juga perlu sentiasa ingat, hidup kita sentiasa berputar. Jika kita pernah meninggalkan seseorang atau melukakan hati seseorang, tidak mustahil kita juga akan dilukai dan ditinggalkan suatu hari nanti dan mungkin kita akan dapat yang lebih teruk daripada apa yang pernah kita lakukan pada orang lain.




Saturday 18 February 2012

::... DIAM ITU LEBIH BAIK ...::

Assalamualaikum….

Syukur ke hadrat ke ILLAHI, kerana masih memberi peluang untuk sy terus bernafas di bumi ini. Tidak ada nikmat yang paling berharga selain nikmat iman dan islam. Sudah lama tidak mengupdate blog ini kerana terlalu sibuk. 


Diam itu lebih baik.. itu yang ingin sy kongsikan pada post kali ini. Topik ‘cinta’ sangat famous dalam kalangan remaja. Jadi, ana mengambil peluang untuk berkongsi serba sedikit tentang cinta dan bagi ana, andai kita mencintai seseorang maka, diamkan lah..serahkan segala-galanya kepada ALLAH.

jika diri mu jatuh cinta..maka diamkan lah...kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu... jika dirinya, bukan untuk mu, redhailah...kerana ALLAH pasti menyediakan seseorang yang lebih beriman untuk mu...DIAM ITU LEBIH BAIK..
Diam ku...bukan kerana membenci kehadirannya..tetapi ingin menjaga kesuciannya...Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui...
Kita diam bukan bermakna kita membenci sesuatu, tetapi mungkin kita ingin menjadikan ia lebih baik. Pernahkah kita terfikir, jika kita hanyut dalam cinta tanpa ikatan yang sah, ia bakal menjadi satu masalah untuk kita kerana kita sentiasa bergelumang dengan dosa. Apakah yang akan berlaku pada rumahtangga kita? Anak-anak kita?

Adakah kalian masih ingat tentang kisah cinta antara Saidina Ali & Saiditina Fatimah Az-Zahra? Kedua-dua mereka menyimpan perasaan antara satu sama lain, tetapi mereka lebih memilih untuk mendiamkan hal ini dari pengetahuan orang lain. Dengan izin, ALLAH s.w.t, mereka berdua telah di satukan dengan ikatan yang sah.
"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu." 
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)...

"Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah, karena sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya ” (Hadist)

Ramai yang berkata, kalau kita diam, macam mana si dia nak tahu, tentang perasaan, kita?.Ingat, setiap apa yang berlaku di dunia ini, semuanya telah di aturkan oleh ALLAH s.w.t. Jangan risau jika mereka tidak tahu tentang perasaan kalian, tapi risaulah andai diri mu, tidak berupaya untuk menepis dan mengawal perasaan tersebut terhadap seseorang yang tidak halal bagi diri mu.

Jika benar cinta itu karena Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah karena hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah...


Tapi, ingatlah…Cinta ALLAH, adalah Cinta yang kekal abadi.. Kejarlah cinta ALLAH dahulu kerana kita pasti tidak akan kecewa andai kita berjaya mencintai ALLAH dengan sepenuh hati. Bagaimana kita hendak mencintai seseorang andai kita tidak berusaha untuk kenal dan cintai Sang Penciptanya.

Banyak lagi tugas kita di dunia ini terhadap agama kita. Jangan di sebabkan terlalu mengejar cinta manusia, tugas sebagai seorang pendakwah juga kita tidak peduli. Jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia kerana itu hanyalah sementara. Utamakan akhirat, kerana ia akan kekal abadi.  Jika betul-betul sudah bersedia maka kahwinlah..

Post ini adalah untuk peringatan bersama terutamanya untuk diri ini. Semoga kita semua sentiasa di lindungi oleh ALLAH. Jangan pernah kecewa jika kita pernah putus cinta tapi jadikan ia sebagai pengajaran dalam hidup kita. Berusahalah untuk menjadi hamba yang sempurna di pandangan ALLAH bukan di pandangan manusia.

Untuk Hawa
Apabila, lelaki mengatakan diri mu, seorang yang sombong, itu lebih baik kerana itu menandakan diri mu, sukar untuk di dekati dan kamu telah berusaha untuk menjaga diri mu dan dirinya jua.

Untuk Adam..
Mereka sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka, dan mereka berusaha untuk menghindari dirinya serta diri mu, bergelumang dengan dosa. Bersyukurlah kerana dia, anda terselamat dari melakukan dosa. Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah di tetapkan di dalam ISLAM.


Bisik hati ku:

"Jika namamu yg ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku,
nescaya rasa cinta itu akan ALLAH tanamkan dlm diri kita.
Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku."

"Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dgn kesolehahan mu. Janji ALLAH pastiku pegang dalam misi mencari diri ‘Lelaki yg baik untuk wanita yg baik"

Ya Allah...
Seandainya rindu ini suci maka kuatkanlah...
Seandainya ukhuwah ini kudus maka panjangkanlah...
Seandainya luka ini berhikmah maka biarlah...
Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah… 


 p/s : berusaha utk menjadi hamba yg sempurna di pandangan ALLAH swt, bukan di pandangan manusia... try tO be!!! insyaALLAH... 

nukilan oleh : AFIFAH AZLAN
iluvislam.com




::... Terhiris dan Terguris??? ...::

Assalamualaikum..

Dengan Nama Allah s.w.t Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani..


Terhiris dan Terguris?


Sekadar ingin berkongsi pandangan, terhiris dan terguris itu perkara biasa dalam kehidupan seharian. Hampir setiap hari, kita akan terasa dengan kata-kata atau tindakan dari orang-orang di sekeliling kita. Tapi, pernah tak, kita terfikir, ramai orang yang terhiris dan terguris dengan kata-kata dan tindakan kita? Terutama dalam persahabatan. Walau seakrab dan sebaik mana pun kita dengan teman  kita, pasti kita atau dia akan terasa.

Lumrah persahabatan,
Terhiris terguris menguji persahabatan,
Hanyalah satu ujian,
Bukan satu halangan,
Untuk terus berkasih sayang,
Hadapi dengan iman,
Suburkan dengan bermaaf-maafan,
Sematkan doa-mendoakan.

Andai kita pernah terasa dengan orang-orang sekeliling, cubalah sedaya upaya untuk melupakan dan memaafakannya kerana tanpa kita sedar, kita sendiri juga sering melukakan perasaan mereka. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Hal-hal yang lepas jadikan sebagai pengajaran untuk kita semua. Teruskan melangkah membina hidup baru dan sentiasa berusaha untuk melapangkan fikiran kita dalam menerima apa jua cubaan yang menimpa diri kita semua.

p/s : belajar untuk memaafkan & suburkan dengan bermaaf-maafan...:-)